pals

shout here :)


ShoutMix chat widget

Saturday, April 30, 2011

hukuman kejam :))

Kalaulah hukuman ini masih dilaksanakan ke atas penjenayah.

Sekarang nie,  hukuman yang dianggap paling mengerikan ialah gantung, disuntik dengan bahan beracun dan direnjat atas kerusi elektrik sampai mati. Tak ada hukuman yang lagi menakutkan daripada toh.
Tapi,  korang tahu tak, masa duludulu, banyak hukuman yang menakutkan+mengerikan dijalankan kat seluruh dunia. Tak kira apaapa bangsa pun, macammacam bentuk hukuman yang dorang cipta. Kalau hukuman toh dijalankan, confirm, korang  fikir dua tiga kali bila nak buat kesalahan jenayah apaapa, ataupun, korang pengsan, sebab ngeri sangat.

Antara hukuman yang dijalankan adalah :-:

           ·          Diikat untuk dihurung serangga – hukuman ini dimulakan oleh pemerintah Parsi purba. Mulamula pesalah dibogelkan, kemudian tangan, kaki, kepala dan badan mereka diikat pada sekeping papan atau sebatang kayu. Mereka kemudiannya dibiarkan terapung dalam kolam atyau dijemur dalam kolam atau dijemur di bawah terik matahari, dalam keadaan menelentang. Hukuman ini jadi menakutkan kerana sebelum itu, pesalah telah terlebih dahulu dipaksa minum susu dan madu dalam kuantiti yang banyak sehingga mereka ciritbirit. Susu dan madu turut disapukan pada seluruh badan mereka. Bau busuk najis yang bertaburan serta aroma madu dan susu ini dengan cepat menarik perhatian serangga seperti semut, lalat, kumbang, tebuan dan lebah.  Haiwanhaiwan ini menghururng, menggigit serta menyengat tubuh pesalah, selain bertelur di situ. Hukuman diteruskan dengan pesalah itu diberikan lagi susu dan madu supaya dapat hidup lebih lama dan terus terseksa. Walaupun susu dan madu memberikan tenaga, tetapi, kemudiannya akan menyebabkan banduanbanduan itu ciritbirit, dan akan mengundang lebih banyak serangga. Kematian biasanya berpunca daripada kombinasi kehilanghan air dalam badan, kelaparan dan terkejut. Ahli sejarah Greek, Plutarch dalam tulisannya mengenai biografi Raja Empayar Parsi, Artaxerxes (465-424 SM) mencatatkan, askar Parsi bernama Mithridates yang dihukum sebegini kerana membunuh Cyrus Yang Muda  (Putera Darius II) pada 401 SM, telah dibiarkan selama 17 hari sebelum meninggal dunia.  Hukuman yang hampir serupa turut dilaksanakan di Sepanyol, di mana penjenayah disumbat  ke dalam tong yang cukupcukup untuk memuatkan badan mereka. Kepala pesalah sengaja dibiarkan terjulur pada satu lubang di bahagian atas tong. Seterusnya dijemur  tengahtengah panas.  Selagi pesalah itu hidup, selagi itulah mereka terpaksa berendam dalam najis mereka sendiri dan dihurung serta disengat serangga. Di Siberia juga suatu ketika dulu, seorang banduan atau pesalah akan dihukum dengan cara yang hampir sama. Mereka diikat dalam keadaan bogel pada sebatang pokok dan dibiarkan mati kebulur serta digigt nyamuk dan disengat dengan haiwanhaiwan yang berbisa.
           ·          Disiat kulit – hukuman mengerikan ini telah dijalankan oleh pemerintah Assyria (200-600 SM). Musuh dan pembesarpembesar yang cuba memberontak akan ditangkap lalu kulit mereka disiatsiat. Hukuman ini amat menakutkan kerana dilakukan ketika pesalah masih hidup. Tubuh pesalah yang dipenuhi darah akan ditinggalkan begitu saja manakala kulit merekadipaku pada dinding sebagai amaran kepada orang lain supaya jangan cubacuba untuk menggugat kuasa raja.  Hukuman ini turut dijalankan di Eropah pada Zaman Pertengahan sebagai seksaan kepada pembelot. Di Perancis, pelaksaannya dijalankan sekitar awal tahun 1700. Di Britain pula, hukuman menyiat kulit pesalah hiduphidup dilakukan kepada penceroboh gereja. Pada 1303 misalnya, tiga buah pintu biara Pyx telah dipaku dengan kulit penceroboh yang telah ditangkap kerana mencuri barangbarang di dalamnya. Pintu sebuah gereja di Essex, England juga pernah dipaku dengan kulit manusia yang ditangkap kerana menceroboh rumah ibadat tersebut.

           ·          Keelhauling – berasal daripada perkataan Belanda iaitu, ‘kielhalen keel’ . caranya, apabila kelasi kapal ditangkap kerana membuat kesalahan berat, mereka akan diikat dan kemudian dicampak ke laut sebelum ditarik oleh sebuah bot merentasi kawasan cetek yang banyak batu karang. Hukuman ini amat mengerikan kerana ketika pesalah dibenam dan diseret, badannya akan melanggar batubatu karang yang tajam. Ini menyebabkan mereka mengalami lukaluka yang teruk dan lemas. Hukuman ini dijalankan dengan cepat supaya kesannya amat menyakitkan . jika ditarik secara perlahan, dikhuatiri pesalah  akan terselamat. Ini kerana tubuh mereka akan terapung dan dia akan mati bukan kerana akibat luka, tetapi akibat lemas. Keelhauling dijalankan oleh tentera laut Belanda bermual sekitar 1560 hinnga diapuskan pada 1853. Tentera Laut Diraja British dan ketuaketua kapal dagang turut melaksanakan hukuman ini bagi membendung kegiatan lanun yang berleluasa ketika itu.

           ·          Dibuang ke pulau – apabial kapten atau kelasi kapal membuat kesalahan besar, mereka akan dibuang ke sebuah pulau kecil yang kering kontang, yang tiada apaapa di situ kecuali pasir. Bekalan yang diberikan ialah sedikit minuman dan makanan serta sepucuk pistol untuk membolehkan pesalah membunuh diri, jika mahu. Lanunlanun di perairan Eropah sekitar abad ke-17 dan 18, turut melaksanakan hukuman ini, tetapi ke atas rakan yang didapati bersalah kerana mengkhianat.

Apa pendapat korang? Haa, ada rasa takut tak? Ngeri tak? Hahahh kalau tak, lantak lah kat kome, haa :DD bagi aku, amat pelik hukuman nie, tak fikir ke kalau dorang yang kena? Tak fikir ke perassan family orang kena hukuman toh? Hampeh  je. Apa lah.

But, there have a benefits, haa, bagi kita pnegajran sebenarnya. Haa, cuba bayangkan kalau hukumanhukuman  toh dijalankan kat Malaysia nie, dikenakan pulak kat manusiamanusia yang buat jenayah toh, (meragut, merompak, mencuri, merogol, membunuh, merasuah, memakanrasuah, dan sebagainyalah) haa, hamek kat korang. Menangis berlagu lah korang! Haaa.


next entry, pasal kawankawan di IPOH. :))

No comments:

Post a Comment